Bahan yang dilarang diedarkan secara perdagangan Lesen Dokumentasi Bebas GNU

Bahan-bahan yang telah dilarang untuk pengedaran semula secara perdagangan tidak boleh digunakan dalam dokumen yang dilesenkan oleh GFDL (umpamanya, rencana Wikipedia) kerana lesen ini tidak menghalangkan penggunaan semula untuk tujuan perdagangan. Bagaimanapun, dalam beberapa kes yang tertentu, penggunaan semula untuk tujuan perdagangan mungkin boleh dianggap sebagai penggunaan berpatutan (fair use). Dalam kes tersebut, bahan-bahan itu tidak perlu dilesenkan di bawah GFDL jika penggunaan berpatutan ini dapat dilindungi oleh semua penggunaan kemudian yang berpotensi. Satu contoh yang baik mengenai penggunaan berpatutan yang terbuka dan komersil ialah parodi.